Bila rasa nak marah je atau tak puas hati atau sakit hati atau nak naik angin atau ape-ape je lah seangkatan dengannya bolehla ikut tips-tips ini untuk mengawal anasir-anasir tersebut :
Jalan-jalan makan angin
Agak-agak rasa nak marah tu pegi start enjin kete pecut laju-laju bukak tingkap pehtu nganga mulut luas-luas.Dah nama pun kan makan angin. Nasib la kalau angin tu bercampur dengan perisa-perisa tambahan.haha..
Kemas rumah/bilik
Rumah/bilik kemas je?So,sepahkan habis-habisan pehtu kemas balik.Cara begini sgt berkesan sebab kite akan betul-betul fokus bile sedang mengemas ni.Perhati dengan teliti supaya dah takde sezarah habuk pun.Perasaan nak marah tu pun hilang.
Makan megi kari
Fuhhh!!Nak-nak dalam megi kari tu letak cili padi 10-20 biji.pehh...betul-betul malatop!Terus dah tak ingat nak marah.Ingat nak cari air bergelen-gelen je..
Tidur
Bak kata Mr Payne di entri yang lepas-lepas, sebelum tidur jangan lupa basuh kaki dan baca doa. Lelapkan mata anda dan jangan fikirkan perkara-perkara tersebut.Lupakan je..
Diam atau tidak berbicara
Shhhhhhh................
Dulu, ustaz mase kat sekolah pernah cakap KAWAL MARAH SIFAT TERPUJI. Cara terbaik mengawal marah adalah BERWUDUK kerana air wuduk itu dapat menenangkan jiwa yang sedang marah. Sebelum berwuduk tu kenalah bersihkan hati dan diri kita dulu ye...
No comments:
Post a Comment