Monday, May 17, 2010

CIRI-CIRI FILEM HINDI,CINA DAN MELAYU

"Ayah tahu tak apa dia ciri -ciri filem hindi , cina dan drama melayu"tanya anak kepada ayah nya."Tau,"jawab ayah nya dengan selamba."Apa dia ayah,"tanya anaknya lagi."Ada banyak, filem hindi orang jahat mesti jahat gila sampai lembu pun takut nak tengok,tayangan mesti lebih atau sekurang-kurang tiga jam,orang jahat dan hero susah nak mati walaupun kepala kena pukul dengan besi,hero tak mati walaupun kena tembak dari jarak dekat,penari mesti satu kampung dan tukar baju sampai 7 @8 kali,keretapi jadi kenderaan wajib mesti kena joget sampai bumbung,dialog kena campur hindi serta inggeris cth: "my name ALI BACHANN.Zindegi..meraa bla..bala,",cerita kebanyakkan kisah adik -beradik yang terpisah satu jadi polis ,satu lagi jadi penjahat," faham jawab ayah nya.
"Ciri-ciri filem cina pulak,"tanya anaknya."Filem cina hero mesti pandai terbang,hero kena miskin gila kalau ade duit cuma 2 kupang itu pun letak kat celah baju,hero kena berani lawan sampai 30 atau lebih,hero selalu kena tembak mesti kat kaki supaya hero tak mati,heroin mesti jadi bini boss supaya mudah jatuh cinta dengan hero,pistol tembak banyak kali pun peluru tak habis,hantu kena mekap tebal -tebal dan mesti kena lompat-lompat,'"kata ayahnya.
"Drama melayu pulak cerita mesti pasal koperat,cinta banyak segi,cerita pasal dato',tan sri ceo,rumah mesti besar ada tv 29"walaupun cerita orang miskin,kalau cerita polis kena dialog bahasa baku"Saya rasa kita patut siasat dengan terperinci tuan","Betul cadangan awak.Kita bertindak sekarang".adegan sembahyang mesti kat salam akhir ,ngaji mesti dah part sadakallah hulazzim,ayah mesti kena baca paper,mak mesti kena lipat baju dan orang gaji mesti kena nama Mak Nab atau Mak Jah,gangster mesti pakai baju tak de lengan,pakai rantai serta braclet.penyakit mesti guna penyakit kanser'"ok dah tau ,"jawab ayahnya....."Faham ayah".


*credit to google*

No comments: